nak kahwin kat thailand???

anda boleh layari website kami: www.familygroupwedding.webs.com....

3/03/2554

PERHATIAN!!

KAMI HANYA MENERIMA YANG MEMPUNYAI DOKUMEN YANG SAH SAHAJA, JIKA TIADA DOKUMEN YANG SAH PERMINTAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN TERIMA KASIH.
APA NIKAH DI SONGKHLA THAILAND MAHAL??


KAMI DISINI INGIN MEMBERITAHU BAHAWA KAMI AKAN MENJALANKAN OPERASI MENGHANTAR PASANGAN YANG HENDAK BERNIKAH DI SONGKHLA. KAMI MEMULAKAN OPERASI PADA 20/04/2011. KAMI BEROPERASI DI KUALA LUMPUR,PUTRAJAYA,SELANGOR. KAMI HANYA MEMERLUKAN CASH SAHAJA..IAITU TIADA HUTANG TUNAI SAHAJA. ANDA BOLEH MNGHUBUNGI SAYA PAK ABDUL PADA 20.APRIL.2011 YA..HARGA KITA BOLEH BERBINCANG
wanzarma.blogspot.com
SINDIKET ATAU TULIN ?
perbandingan nikah di yala, narathiwat, songkhla






Surat Pengesahan Konsulat Malaysia

Setelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Narathiwat dan mendapat surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Narathiwat, atau kahwin di Songkhla dan mendapatkan pengesahan kawin dari Majlis Agama Islam Songkhla, pasangan Malaysia yang nikah di Siam perlu mendapatkan surat pengesahan kahwin dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand.
Surat ini adalah pengiktirafan Kerajaan Malaysia bahawa pernikahan itu adalah sah, dan ini akan memudahkan proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
Tidak ada konsulat Malaysia berasingan di Yala atau Narathiwat. Rakyat Malaysia yang kahwin di seluruh Selatan Thailand perlu mendapatkan surat pengesahan kawin dari Songkhla. Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar Songkhla harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan surat ini nanti, dan berapa pula kos tambahan yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Surat pengesahan kawin dari Konsulat Malaysia ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam di Malaysia sebagai sebahagian dari dokumen untuk pendaftaran nikah di Malaysia,supaya kes akan berjalan lancar di mahkamah rendah syariah nanti. Sekiranya surat pengesahan ini tidak disertakan dalam permohonan pendaftaran kawin, ada kemungkinan mahkamah syariah akan meminta saksi untuk hadir di mahkamah.

 Sekiranya saksi-saksi ini berada di Thailand, tentulah susah untuk mendaftarkan perkahwinan! Dan sekiranya saksi dibawa kesana dari Malaysia, tentulah kos akan bertambah.
Sekiranya anda sedang merancang untuk kahwin di Thailand, pilih Songkhla supaya mudah untuk mendapatkan surat pengesahan ini, tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan kemudian nanti. Kalau ijab kabul dilakukan di Songkhla, segalanya menjadi mudah dan cepat - dan semua dokumen akan didapati pada hari yang sama. Tak perlu berbelanja tambahan pada hari yang lain. Tak perlu bayar kos penginapan di Thailand.
Melalui pakej nikah yang kami sediakan, surat pengesahan konsulat dan surat pengesahan Majlis Agama boleh diperolehi pada hari yang sama, kerana jarak antara Bukit Kayu Hitam (pintu masuk ke Thailand yang kami gunakan) tidak sampai dua jam perjalanan dari pejabat Konsulat dan Majlis Agama.





 Surat Pengesahan Konsulat
Klik untuk gambar besar
Surat ini adalah pengiktirafan oleh Kerajaan, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia (untuk proses pendaftaran)








PANDUAN NIKAH DI THAILAND:


 Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
  1. Pasport yang sah.
    Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
  2. Kad pengenalan
    Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
  3. Surat cerai
    Jika berkenaan
  4. Sijil mati
    Bagi balu yang ingin kahwin semula
  5. Surat izin wali
    Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.

Pengiraan Kos


Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
  1. Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
  2. Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
  3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
  4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
  5. Adakah surat dari Konsulat Malaysia didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih untuk pergi ke Thailand pada hari bekerja biasa, bukan hujung minggu atau cuti am. Konsulat Malaysia akan tutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan menambah belanja dan melewatkan untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.
Lihat dulu Tarikh Cuti Thailand 2011 sebelum menetapkan tarikh untuk nikah di Thailand.


Berikut ialah senarai cuti am di Thailand bagi tahun 2011. Konsulat Malaysia akan tutup pada tarikh-tarikh ini. Sekiranya cuti jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, hari Isnin berikutnya juga akan menjadi hari cuti.
Penerangan CutiTarikhHari
Tahun Baru1 JanuariSabtu
Hari Raya Cina3 FebruariKhamis
Hari Makha Bucha18 FebruariJumaat
Hari Chakri6 AprilAhad
Perayaan Songkran13 April - 15 AprilRabu - Jumaat
Hari Buruh1 MeiAhad
Hari Pertabalan5 MeiKhamis
Hari Bajak Diraja13 MeiJumaat
Cuti Khas16 MeiIsnin
Hari Visakha Bucha17 MeiSelasa
Hari Asahna Puja15 JulaiJumaat
Hari Jadi Raja Permaisuri12 OgosJumaat
Hari Chulalongkorn23 OktoberAhad
Hari Jadi Raja5 DisemberIsnin
Hari Perlembagaan10 DisemberSabtu
Hujung Tahun31 DisemberSabtu
            

About profiles : General - Accounts Help

About profiles : General - Accounts Help